top of page

Tentang Kami

Since (1).png

Salam Pembuka Bicara

Bukan melur bunga melati,
Di petik dibawa ke pinggir kali,
Mari berkenalan dengan kami,
Kumpulan 1 nama diberi.

 

Anak nyonya berjalan-jalan,

Leka dipandang oleh si fulan,

Berdedikasi merancang tugasan,

Itulah Indah ketua kumpulan,

Pergi ke hutan mencari cengal,

Di ambil membuat tempat tinggal,

Dalam bermadah tidaklah janggal,

Itulah Farif lelaki tunggal.

Pergi ke kedai pelbagai aneka,

Singgah sebentar membeli nangka,

Rajin berkerja tidak terjangka,

Dari Sarawak itulah Ika.

Bunga Anggerik di laman Nyonya,

Dipetik pula oleh anaknya,

Sangat sopan dan rajin bertanya,

Itulah Tehah manis orangnya.

Emas hilang dibawa pencuri,

Penat mencari berhari-hari,

Ingin dilayan seperti permaisuri,

Itulah Hanna nama diberi.

"The way i see it, if you want the rainbow, you gotta put up with the rain."

-dolly parton-

bottom of page